Promosi diri untuk pengiklanan
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)
Pendapatan blog akan lumayan jika kena dengan gaya dan penulisan. Ada yang mampu memperoleh pendapatan ribuan ringgit sebulan hanya dengan Blogging sambilan.
Dalam entry sebelum ini, Sop ada menulis tentang pentingnya kita berubah ke satu tahap dalam berblog untuk peningkatan diri dalam dunia blogging untuk menjana lebih pendapatan. Ada yang tidak kisah dengan hasil pendapatan blog kerana blogging hanya untuk kepuasan tetapi apa salahnya jika kita cuba menjadi lebih profesional dalam dunia blog dan mengumpul lebih pendapatan untuk tingkatkan lagi penyampaian blog. Contoh jika mempunyai pendapatan yang tetap dari blog, kita boleh menggunakan hosting sendiri yang mana lebih banyak kelebihannya.
Sekarang ini, Sop jauh ketinggalan dalam pendapatan Blogging berbanding rakan yang aktif berblog. Mungkin kerana banyak kengkangan yang Sop hadapi untuk lebih aktif. Bagi yang kelapangan dan mampu uruskan blog dengan aktif, boleh tingkatkan usaha untuk lebih berjaya.
Kembali kepada tajuk entry, promosi diri untuk pengiklanan. Bagaimana tu?
Kelebihan ini yang perlu ada untuk memastikan blog mampu mendapatkan tarikan kepada pengiklanan. Berikut perkara yang boleh menonjolkan diri kepada pengiklan:
+ Isi blog sentiasa perkara utama bukan sahaja untuk trafik tetapi untuk pengiklanan juga. Pastikan penulisan perlu baik, beriformasi, menarik dan sebagainya. Content is king! Pengiklan memerlukan konten yang baik dan sesuai dengan produk dan perkhidmatan. Hasil dari konten, produk yang dipromosi akan mendapat lebih perhatian pengguna.
Dengan isi yang baik dan gaya preview yang menarik mampu menarik pengiklan untuk mendapatkan khidmat blogger. Biasanya pengiklan akan membuat penilaian melalui penulisan blog dan bukan sekadar trafik!
+ Trafik sememangnya paling penting. Pengiklanan perlukan jumlah pembaca yang tinggi untuk promosi barang, perkhidmatan, maklumat dan sebagainya. Sekiranya boleh mendapat pembaca tegar, ia adalah lebih baik. Berbeza dengan trafik dari injin carian yang mana tidak semua trafik tersebut benar-benar trafik berkualiti. Trafik berkualiti merujuk kepada pembaca yang singgah kerana hasil carian sangkut pada keyword tertentu. Biasanya hanya datang dan pergi pelawat tersebut kerana sangut pada keyword tapi bukan apa yang dicari.
+ Penampilan blogger perlu untuk memberi keyakinan kepada pengiklan. Ada yang begitu menonjol dalam blog berbanding di dunia realiti. Bagitu pandai beliau promosi diri dan membuat penampiran di blog sehingga menjadi begitu popular. Menarik bukan? Jika anda anda tidak suka menonjol, boleh sahaja tontolkan dari segi isi blog atau maklumat yang dikongsi seperti gambar, video dan sebagainya. Sop sendiri memang kurang berkeyakinan dari segi penampilan. Malah jika bersama rakan dalam majlis juga agak susah hendak menonjolkan diri. Kekurangan yang perlu di atasi. Adalah penting untuk pengiklan membuat penilaian dan yakin dengan prestasi blogger :)
+ Blog unik dan berbeza dengan dengan blog lain. Apabila konsep yang sama terlalu ramai, persaingan akan menjadi lebih tinggi. Sekiranya unik, bukan sahaja pengiklan suka tetapi pelawat juga suka. Untuk menjadi unik, pemikiran luar kotak diperlukan. Susah? Tetapi berbaloi!
+ Sentiasa terlibat dengan acara anjuran pengiklan. Seperti Nuffnang, banyak acara kepada Blogger yang dibuat dan ini peluang kepada Blogger untuk menonjolkan diri. Sop lihat mana yang sering mengikuti acara Nuffnang akhirnya mendapat tawaran penulisan iklan. Hebat bukan? Sop agak sukar untuk sertai kerana kekangan tugasan harian. Hanya beberapa kali sahaja dapat sertai. Sambil-sambil sertai itu, bolehlah berkenalan dengan warga pengiklan dan tonjolkan diri.
+ Berkawan dengan Blogger hebat terutama yang sering mendapat projek pengiklanan. Sambil berkawan, kita bulan sahaja dapat ilmu dan tunjuk ajar tetapi juga kemungkinan akan ditawar membuat pengiklanan. Jika terlalu banyak tugasan, pasti ada yang di offer kepada rakan atau terdapat pengiklanan yang perlu lebih ramai Blogger untuk projek mereka. Bina talian persahabatan lebih ramai untuk mendapat pelawat blog juga.
+ Anugerah yang diterima dari mana-mana anjuran juga boleh menaikkan prestasi pada mata pengiklan. Contoh anugerah yang mendapat perhatian ialah WWWOW Award atau blogger Nuffnang. Selain itu jika pernah mendapat perhatian media, tersiar di media atau mendapat ulasan media, prestasi blogger akan lebih tinggi pada mata pengiklan.
Itu sahaja yang dapat dikongsi hari ini. Semoga dunia akan terus cemerlang dan dapat berkongsi maklumat kepada pembaca :)

EmoticonEmoticon