Genting Strawberry Leisure Farms
Salam 1Malaysia kepada rakan-rakan.
Apa aktiviti cuti sekolah ini?
Hari ini kami sekeluarga ke Genting untuk meronda-ronda. Tempat yang ingin di tuju ialah Genting Strawberry Leisure Farms yang terletak di Gotong Jaya. Ia terletak tidak jauh dari bulatan Hotel Seri Malaysia. Masuk sahaja bulatan, belok ke kiri terus sampai.
Strawberry mungkin selalu makan kerana boleh di beli di pasar raya tetapi pengalaman memetik sendiri? Tidak perlu nak ke Cameron Highland untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Jika dari Kuala Lumpur, ia adalah lebih dekat.
Ramai sungguh pengunjung di musim cuti sekolah ini. Masing-masing ingin melihat dan merasai pengalaman memetik strawberry. Ada juga hanya ingin melihat lebih dekat pokok strawberry tersebut.
Untuk petik, pengunjung akan dibekalkan dengan bakul dan gunting. Memetik dengan tangan adalah dilarang sama sekali dan juga memakannya. Anda boleh memakan strawberry setelah selesai petik dan membayarnya. Terdapat pekerja yang memantau pengunjung yang sedang memetik strawberry. Kelebihannya, bolehlah pengunjung memilih buah yang merah dan besar-besar.
Di Genting Strawberry Leisure Farms juga disediakan pelbagai gerai jualan bukan sahaja produk strawberry. Antaranya buah-buahan, madu dan terdapat juga tapak semaian cendawan. Pengunjung boleh merasai pengalaman mengambil cendawan juga jika mahu. Selain itu, terdapat gerai-gerai yang menjual cederamata dan pakaian. Agak meriah juga di dalam kawasan tersebut.
Selesai sunggah ke Genting Strawberry Leisure Farms, kami ke Genting Highland untuk meronda pula. Tidak bercadang untuk bermain kerana musim cuti sekolah, Genting Highland akan dipenuhi dengan pengunjung. Sangat meletihkan jika hendak bermain kerana perlu beratur panjang. Lagipun, Sop dan Mrs Sop pasti tidak bermain. Biasa masuk hanya layan anak-anak sahaja.
Pada jam 4.30 petang, kami berangkat pulang. Cukuplah aktiviti hari ini untuk cuti sekolah. Minggu lepas dah ke zoo negara. Minggu depan? Belum pasti lagi :)
Galeri gambar:

EmoticonEmoticon