Cerpen pautan: Aku anak derhaka
"Ibu! Ayah! Maafkan Kimie! Kimie berdosa! Kimie tak pernah dengar kata-kata Ibu! Kata-kata ayah!
Kimie kini terseksa, hidup Kimie tak pernah aman! Ada sahaja perkara buruk menimpa Kimie! Kalau lah boleh Kimie memutar kembali masa dan kembali kepada zaman silam!"
'35 tahun yang lalu'
Aku telah dilahirkan di sebuah kampung. Kelahiran aku telah memberi sinar kepada ayah dan emak yang sekian menanti kehadiran seorang anak. Setiap masa aku dibelai dan diberi kasih sayang yang tidak pernah berbelah pagi oleh ibubapa aku. Setiap kali aku demam, pasti ibubapa aku tidak dapat tidur dengan lena melayan kerenah aku yang serba tidak kena. Ibu aku berhenti dari mengusahan ladang setelah kelahiran aku. Ibu hanya mahu memberi sepenuh tumpuan kepada aku. Hanya bapa sahaja mengusahan ladang kelapa tersebut demi menyara kami sekeluarga.
Kehidupan kami hanya sederhana yang mana ibarat kais pagi ini untuk hari esok. Namun begitu, kehidupan kami cukup bahagia kerana dilimpahi dengan kasih sayang. Apa sahaja tuntutan aku, pasti akan dituruti oleh ibu dan ayah. Aku rasa cukup selesa dengan keadaan tersebut.
Masih teringat semasa aku berumur 5 tahun yang mana aku telah jatuh dari tangga. Semasa itu, aku sedang berlari-lari mengejar burung yang sesat di rumah aku. Selama seminggu ibu dan ayah berkampung di hospital menjaga aku. Doktor menyatakan, kepala aku sedikit retak dan perlu ditahan di wad. Oleh kerana risaukan keselamatan aku, ibu dan ayah telah membawa aku ke hospital pakar untuk memastikan aku mendapat rawatan yang terbaik. Ayah terpaksa menggadaikan sebahagian harta pusaka untuk membiayai kos perubatan aku.
Masih teringat lagi ketika aku berumur 7 tahun yang mana aku teringin sangat untuk memiliki basikal. Aku terpaksa merayu kepada ibuku untuk membelikan sebuah basikal. Apabila ibu menyatakan kami tidak berkemampuan, aku telah mogok dengan tidak mahu makan dan minum. Malam tersebut aku tidur dengan perut kosong kerana aku amat marah kepada ibu dan ayah yang tidak mengikut kemahuan aku. Aku rasakan ibu dan ayah tidak sayangkan aku.
Bersambung... http://shiorila.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
Maklumat mengenai projek cerpen berantai di sini

done sila ke blog akak kalau ada yang salah akak edit ya!
ReplyDeletewah.. dah siap..!
ReplyDeletedasyat sambungan tu..
yg best ending post.. tertunggu2 sambungan wawa plak..